Program yang ditawarkan
Diploma Perakaunan
Pengenalan Kursus
Setiap perniagaan ataupun pertubuhan yang ada di dunia semuanya akan berlandaskan tentang seberapa hebatnya mereka menguruskan sumber kewangan mereka yang terhad namun mencukupi untuk kesemua keperluan. Oleh itu, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan sangat tinggi permintaannya. Kami menyahut cabaran tersebut dengan menyediakan program perakaunan ini kepada para pelajar yang mempunyai kelayakan.
Pelajar yang mengambil program Diploma Perakaunan ini akan diberi pengetahuan bermula dengan asas di dalam bidang ini. Sebagai contoh, asas-asas dalam menguruskan kewangan. Pelajar juga diberikan pengetahuan yang diperlukan di dalam bidang ini. Sebagai contoh, mereka akan diberikan latihan bagaimana cara yang sebaik-baiknya mengurus keluar masuk kewangan. Pada tahun akhir, pelajar juga diwajibkan untuk menjalani latihan secara praktikal. Inilah masa dimana mereka bukan sahaja belajar secara teori namun akan belajar secara mempraktikkan apa yang telah mereka belajar sepanjang tempoh pengajian mereka.
Pelajar yang mengambil program Diploma Perakaunan ini akan diberi pengetahuan bermula dengan asas di dalam bidang ini. Sebagai contoh, asas-asas dalam menguruskan kewangan. Pelajar juga diberikan pengetahuan yang diperlukan di dalam bidang ini. Sebagai contoh, mereka akan diberikan latihan bagaimana cara yang sebaik-baiknya mengurus keluar masuk kewangan. Pada tahun akhir, pelajar juga diwajibkan untuk menjalani latihan secara praktikal. Inilah masa dimana mereka bukan sahaja belajar secara teori namun akan belajar secara mempraktikkan apa yang telah mereka belajar sepanjang tempoh pengajian mereka.
Kategori
Pembangunan Manusia
MQA/KPT
MQA FA11621
Tempoh
3 Tahun 6 Semester
Mod Program
Sepenuh Masa/Separuh Masa
Mengapa Memilih Kursus Ini?
- Diktiraf Oleh MALAYSIAN QUALIFICATION AGENCY(MQA).
- Jaminan pekerjaan 100% selepas tamat pengajian.*
- Berpeluang memperolehi yuran pendaftaran percuma semasa mendaftar.*
- Berpeluang untuk memperolehi Hostel Percuma sepanjang pengajian.*
- Pelajar boleh menjadi Usahawan. *
- Asrama & Pengangkutan Disediakan. *
- Elaun untuk Setiap Semester. *
- Bantuan Yayasan Kepada Setiap Pelajar yang Mendaftar. *
* Terma dan syarat
Kelebihan Lain
- Pengurusan kewangan adalah perkara asas yang sangat diperlukan oleh sesebuah syarikat. Jika mereka gagal dalam menguruskan sumber kewangan mereka, itu boleh menjadi punca kejatuhan kepada syarikat mereka.
- Mengekalkan keseimbangan kewangan bagi syarikat. Hal ini demikian kerana, orang yang berperanan dalam bidang perakaunan juga bertanggungjawab dalam memprediksi turun naik keadaan kewangan syarikat mereka. Oleh itu, seseorang yang tahu akan bidang ini sangat diperlukan.
- Memprediksi risiko kewangan. Mereka ialah orang yang bertanggungjawab mengambil dan memutuskan satu keputusan dengan mengambil tahu risiko yang bakal mereka hadapi. Pemikiran seorang ahli kewangan atau akauntan sangat berbeza dengan bidang yang lain. Sebab itulah mereka sangat penting.
- Bidang perakaunan menawarkan banyak peluang pekerjaan. Mana-mana syarikat memang memerlukan seseorang yang ahli dalam bidang perakaunan. Oleh itu, seseorang dengan pengalaman dalam bidang ini sangat direbut-rebut. Malah, kemungkinan besar mampu bersaing untuk berkhidmat dalam syarikat-syarikat besar seperti Petronas adalah cerah.
- Seseorang yang berpengetahuan dalam bidang ini berpotensi membuka syarikat kewangan mereka sendiri. Sebagai contoh, mereka boleh menubuhkan syarikat meminjamkan wang. Ini bukan satu masalah bagi mereka kerana mereka sudah berpengalaman.
- Pelajar dalam bidang perakaunan juga berpotensi menjadi seorang tenaga pengajar. Mereka boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang ini ke peringkat yang lebih tinggi dan setelah itu mereka boleh menjadi seorang pengajar. Mereka kelak akan mengajar dan memberikan ilmu dalam bidang perakaunan kepada pelajar yang sedang belajar di dalam bidang ini.
Syarat Kelayakan
- Lulus dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
- Lulus dengan peringkat “Maqbul”; ATAU
- Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (PNGK 2.00) dalam satu (1) mata pelajaran; ATAU
- Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
- Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
- Dapatkan Sijil (MQF tahap 3) dalam bidang yang berkaitan dari PPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan sekurang-kurangnya 2.00 PNGK minimum; ATAU
Silibus Program
- Perakaunan Asas
- Matematik Perniagaan
- Statistik Perniagaan
- Perakaunan Kewangan I
- Prinsip pengurusan
- Ekonomi Mikro
- Perakaunan Kos
- Undang-undang perniagaan
- Perakaunan Kewangan II
- Prinsip Pemasaran
- Sistem Maklumat Perakaunan
- Audit I
- Teori & Amalan Perakaunan
- Perakaunan Kewangan IV
- Audit II
- Pengurusan kewangan
- Percukaian Malaysia
- Latihan Industri
Peluang Pekerjaan
- Eksekutif Pengurusan Operasi
- Perunding Perancangan
- Jurubank
- Perunding Perancangan Perniagaan
- Pentadbir / Pengurus Pejabat
- Pegawai Takaful
- Pakar Produk Perbankan Islam
- Juruaudit
- Penganalisis bajet
- Pengurus kewangan
- Pengurus cukai
- Freelance accountant
- Penasihat kewangan sektor kerajaan dan Swasta.
- Penganalisa pertukaran kewangan
- Usahawan
- Pembekal pinjaman wang