Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Pengenalan Kursus
Pendidikan Awal Kanak-Kanak(PAKK) adalah program berkualiti tinggi yang direka khas untuk kanakkanak sejak mereka lahir lagi dan lebih dikenali sebagai pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak. Awal Kanak-Kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak sejak lahir hingga ke tahap umur lapan tahun. Pendidikan Kanak-Kanak menggunakan istilah awal kanak-kanak iaitu ‘Early Childhood’ dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak sebagai ‘Early Childhood Education’.
Di Malaysia, PAKK adalah asas yang penting kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah, yang mana ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit akan ilmu pengetahuan. PAKK menggunakan istilah prasekolah, taska, tadika dan tabika yang melibatkan kanak-kanak berumur di bawah enam tahun.
Kanak-kanak di peringkat usia ini akan diajar oleh tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi dalam suasana pembelajaran yang sesuai dengan usia meraka kerana ‘kanak-kanak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warni kehidupan’ agar mereka mampu menjadi pelapis kepada generasi negara dan bersedia untuk menentukan hala tuju kehidupan mereka pada masa akan datang.
FAKULTI
Pembangunan Manusia
MQA/KPT
MQA FA3717
Tempoh
(3 Tahun) (6 Semester)
Mod Program
Sepenuh Masa/Separuh Masa
Mengapa Memilih Kursus Ini ?
- Diktiraf Oleh MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY(MQA).
- Jaminan pekerjaan 100% selepas tamat pengajian.
- Berpeluang memperolehi yuran pendaftaran percuma semasa mendaftar.
- Berpeluang untuk memperolehi Hostel Percuma sepanjang pengajian.
- Pelajar boleh menjadi Usahawan.
- Asrama & Pengangkutan Disediakan. *
- Elaun untuk Setiap Semester.
- Bantuan Yayasan Kepada Setiap Pelajar yang Mendaftar.
- Latihan Industri / Bakal Pendidik Akan Menjalani Latihan Di PRA-SEKOLAH/TASKA/TADIKA.
- Bakal Pendidik akan dianugerahkan Sijil Kursus Asuhan Permata(KAP)
* Terma dan syarat
Syarat Kelayakan
- Lulus dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
- Lulus dengan peringkat “Maqbul”; ATAU
- Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (PNGK 2.00) dalam satu (1) mata pelajaran; ATAU
- Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
- Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
- Dapatkan Sijil (MQF tahap 3) dalam bidang yang berkaitan dari PPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan sekurang-kurangnya 2.00 PNGK minimum; ATAU
- Lulus SKM tahap 3 dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak / Pra Sekolah DAN Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran; ATAU
Silibus Program
- Pengenalan Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-kanak
- Isu & Dasar di Awal Kanak-kanak
- Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Prinsip & Amalan Awal Kanak-kanak
- Pengalaman kreatif untuk Anak Muda
- Hubungan Anak Dewasa
- Kesihatan, Keselamatan & Pemakanan Kanak-kanak
- Pentadbiran dalam Program Penjagaan Kanak-kanak
- Pembangunan & Penjagaan Bayi & Kanak-kanak
- Latihan Industri
- Ijazah Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
- Master Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
- PhD Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Peluang Pekerjaan
✔️ Guru di Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
✔️ Guru di Tabika KEMAS.
✔️ Guru di Tadika Perpaduan dan agensi awam lain.
✔️ Guru di Tadika Swasta.
✔️ Mengusahakan Taska Persendirian dengan adanya Sijil Kursus Asuhan Permata (KAP).
✔️ Guru/Penasihat/Pakar Kaunseling dan Psikologi untuk mendidik ibubapa secara online/melalui platform Youtube.
✔️ Pegawai Penyelidik Pendidikan awal kanak-kanak.