Jom Belajar Sambil Melancong

Pengenalan
Jom Belajar Sambil Melancong (JBSM) adalah satu program perintis yang direka khas untuk melatih dan mendedahkan pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan di Malaysia mengenai Dunia Pelancongan. Program ini menawarkan pakej melancong secara percuma. JBSM menawarkan pengalaman luas kepada pelajar untuk meneroka dunia pelancongan secara praktikal yang mana para pelajar akan dibawa melancong ke pusat-pusat pelancongan di beberapa buah negara secara percuma seperti Jepun, Thailand, Indonesia, Korea, Vietnam, Singapura dan termasuklah Malaysia.
JBSM mula diperkenalkan pada tahun 2017 dengan siri lawatan yang pertama pada tahun 2019 di dua buah negara Asia iaitu Indonesia dan Thailand. Memandangkan sektor pelancongan adalah salah satu industri kerjaya yang sedang membangun, maka JBSM adalah salah satu inisiatif untuk membantu para pelajar mencipta kerjaya tanpa sempadan dalam industri pelancongan. Pelajar akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman luas sebagai persiapan untuk mereka berhadapan dengan dunia kerjaya pada masa akan datang.